Pernah tak korang jumpa kucing yang di bahagian ekor dia agak berminyak, lekat kotor2 dan kadang2 warna macam gelap2 di bahagian ekor si bulus? Atau kucing korang sendiri yang mengalami benda ni? Kalau kucing jantan korang mengalami masalah ni dan belum dimandulkan, jangan risau kerana ia bukanlah penyakit tetapi ia adalah cecair berminyak yang dikeluarkan oleh kelenjar sebum di bahagian ekor kucing. Ia terhasil semasa tibanya musim mengawan dan berlakunya perubahan hormon untuk mengawan. Ni admin kongsi beberapa gambar stud tail yang pernah admin nampak:


Jadi kan korang, perlu tak kita rawat stud tail ni memandangkan ianya bukan penyakit kucing? Ada kalanya, stud tail ni sampai dah ada secondary infection disebabkan kulit kucing di bahagian ekor berminyak, dan mungkin bakteria2 melekat di ekor dan menyebabkan infection kepada kucing the bulus anda. So apa yang kita boleh buat untuk mengelakkan stud tail ni dari terus membelenggu hati anda?
First sekali, jika korang ada modal sikit, bawak la si bulus korang berjumpa dengan vets untuk memastikan si bulus ni hanya terkena stud tail dan belum ada infection di bahagian yang berkaitan. Kalau dah confirm takde infection dan hanya stud tail, baru kita treat kucing kita untuk hilangkan stud tail di bahagian ekornya.
Keduanya, kalau dah confirm stud tail je, admin nak syorkan korang beberapa product yang admin sendiri dah pakai untuk si bulus admin. Dlu oyen pernah kena stud tail dan admin beli degreaser dari brand Groomer’s Goop ni. Admin tinggalkan link di sini yea memandangkan admin dulu beli di kedai kucing je https://shopee.com.my/Groomer-Goop-Degreaser-14OZ-396ML-i.96426469.2269239704 . Semoga berhasil kepada kucing korang jugak!
Kalau korang tak nak keluarkan modal untuk beli degreaser, tips ke-3 yang korang boleh buat ialah korang jugak boleh mandikan kucing korang lebih kerap sikit. Gosok pada bahagian ekor lebih lama dengan sabun kucing sebab sabun pon boleh hilangkan minyak2 di bahagian ekor kucing.
Tips ke-4 ialah tukar pasir kucing korang kepada yang jenis kurang berdebu kalau diorang ber uks-uks di pasir. Korang juga boleh tukar litter diorang kepada crystal atau tofu, so kurang sikit debu2 melekat di bahagian ekor. Memang debu suka melekat dekat bahagian ekor kucing terutama yang ada stud tail.
Last skali untuk korang, kalau boleh jangan biarkan kucing korang berkeliaran di luar rumah. Macam2 masalah lain boleh timbul kalau korang lepaskan sibulus korang keluar. Kita tak tau dia jumpa apa diluar dan lebih terdedah kepada risiko yang lain. So admin harap post kali ini dapat membantu korang yang mempunya kucing dengan masalah stud tail ni. Kalau nak lebih mudah, sunatkan je si bulus jantan tu. Confirm lebih gebu dan manja lepas sunat hehe. Selamat mencuba! Jom tengok macamana abg Richie hilangkan minyak pada ekor bulusnya dengan groomer;s goop degreaser ni: