Mahal ke kos mandulkan kucing? Apa dan berapa kos sunat si bulus?

Spread the love

Tengah cari artikel pasal kos mandulkan kucing ke? Kos tersembunyi untuk mandulkan kucing tahu tak? Kalau ada kucing, mesti korang ada nak tahu pasal ni kan? Kalau nak tahu, baca artikel pasal kos mandulkan kucing ni sampai habis tau! Sebelum tu, mesti korang ada masalah macam ni kan? Korang ada kucing jantan yang baru nak matang, nampak dia shret sana, shret sini, tak pon ada kucing jalanan yang selalu lepak rumah korang, pancut ke sana ke sini. Kucing pon banyak, betina pon nampak gedik je…

latte punya kos mandulkan kucing

Macamana nak buat ni? Yang jantan tu hancing jangan cerita la, memang lain macam kalau nak bandingkan dengan kencing kucing yang biasa. Bila sembang dengan jiran, jiran cakap sunatkan je. Kenapa kita nak mandulkan/sunatkan kucing dan adakah ianya berfaedah untuk kita, komuniti dan kucing itu sendiri? Harini, admin akan kongsikan lebih lanjut apakah itu memandulkan/sunat/kasi kucing ni dan kos mandulkan kucing, so korang boleh buat keputusan nak buat apa dengan kucing tu, terutamanya Oyen! Sebab oyen ni dia kan banyak akal haha.

Apa itu Sterilisasi Kucing/Mandulkan Kucing dan Mengapa kita nak mandulkan kucing?

Kaedah sunatkan kucing ialah satu kaedah/praktik kastro atau sterilisasi kucing. Dalam bahasa kebiasaannya, orang menyebut sebagai kasi/sunatkan kucing. Ada beberapa sebab mengapa orang memilih untuk menjalani prosedur sterilisasi atau sunat kucing iaitu: Kawalan Populasi: Salah satu alasan utama adalah untuk mengawal populasi kucing. Kucing yang tidak diawasi dan berkeliaran bebas dapat berkembang biak dengan cepat, menyebabkan peningkatan jumlah kucing liar dan kucing yang tidak diinginkan yang seringkali berakhir di jalanan ataupun pasar borong(asal nak buang kucing je pasar borong). Kalau bela, jangan lah buang. Banyak pahala tau bela kucing ni! Kesihatan: Sterilisasi kucing dapat membantu mencegah berbagai masalah kesihatan pada kucing betina, termasuk risiko kanker ovari dan infeksi rahim. Pada kucing jantan, ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit prostat dan masalah urologi. Sebab tu kena tahu kos mandulkan kucing. Perilaku: Sterilisasi kucing juga dapat memengaruhi perilaku. Kucing betina yang belum disunat mengalami emosi yang terganggu dan menghasilkan perilaku yang sukar diatasi. Kucing jantan yang belum disunat cenderung lebih cenderung berkeliaran, bertarung, dan menanda wilayah dengan urine(shret!!!). Yang ni biasanya sebab yang faveret owner kucing nak mandulkan kucing mereka sebab kucing ni kalau shret dia shret merata, tak macam kencing biasa di litter box. Mengurangkan Agresif dan Marah: Sterilisasi kucing dapat mengurangkan peningkatan agresif dan marah pada beberapa kucing, meskipun ini mungkin tidak sama untuk setiap kucing yang anda jumpa. Kucing korang pon akan jadi lebih montel tau sebab lepas kasi, mandom je kucing ni tapi bukan terjadi pada semua kucing. Lain kucing, lain ragamnya! 1 lagi yang korang kena tahu, diorang mungkin akan jadi lebih kuat makan, maka lebih makan modal sedikit (sikit je, takkan nak berkira hehe 😜 ).
kucing menjadi gebu dan lebih manja lepas sunat. suka lepak2 je
kucing menjadi gebu dan lebih manja lepas sunat. suka lepak2 je
  Mengurangkan Alergi: Sesetengah kucing mengalami alergi terhadap protein yang dihasilkan oleh kelenjar peluh kucing. Sterilisasi kucing dapat membantu mengurangkan alergi ini karena jumlah protein yang dihasilkan oleh kelenjar peluh menjadi lebih sedikit setelah prosedur ini. Perlindungan Ekosistem: Mengawal populasi kucing melalui sterilisasi juga dapat melindungi alam hidupan liar karena mengurangkan jumlah kucing liar yang dapat memberi impak negatif pada ekosistem haiwan. Kebersihan rumah tuan kucing & rumah jiran: Jika anda mempunyai kucing jantan yang belum dikasi/dimandulkan, mereka akan mula menanda wilayah dengan urine(shret!!!) pada banyak tempat di mana2 sahaja. Bayangkan jika mereka shret di merata-rata tempat. Baunya Nauzubillah!!! Shret dekat rumah jiran pulak? dah mengganggu kemaslahatan komuniti.

PENTING!!! Baca ni ok!

Ok dah tahu kenapa orang nak sunatkan kucing? Tapi boleh ke kita nak sunat kucing kita? Sebelum tahu kos mandulkan kucing, admin nak korang buat keputusan betul2. Admin ni tak pandai sangat bab agama tapi korang boleh baca rujukan dekat sini untuk mengetahui hukum mensunatkan kucing. Korang juga boleh rujuk 2 video dibawah untuk maklumat lebih lanjut mengenai hukum mengkasi kucing. Seelok2nya, jumpa ustaz kerana mereka lebih arif mengenai ilmu agama.
Gambar ni pulak korang akan biasa jumpa di klinik-klinik haiwan: kos mandulkan kucing

Jadi, untuk admin, lebih baik mensunatkan kucing admin dan semua kucing jantan admin, admin akan sunatkan sebelum dia matang kerana dah tak larat nak jaga banyak kucing di rumah dan duduk pulak di apartment, memang jiran akan bau shret kucing tu. Nak tahu macamana kucing ni nak matang? Jom sambung baca artikel ni dan admin akan terangkan sehabis baik untuk kucing jantan dan kucing betina.

Tanda-tanda kucing anda sudah matang:

Pembiakan: Kucing betina yang sudah dewasa biasanya akan memasuki musim berahi atau estrus, di mana mereka akan menjadi lebih agresif dalam mencari pasangan untuk berkembang biak. Mereka mungkin mengeong lebih kuat, serta berperilaku lebih mesra dengan kucing jantan.

Perubahan Perilaku: Kucing jantan yang sudah dewasa mungkin lebih cenderung untuk berkeliaran, bertarung, dan menandai wilayah mereka dengan air kencing(shret!!!). Mereka mungkin juga mencuba untuk mencari pasangan betina.

Perubahan Fizik: Kucing betina yang sudah dewasa mungkin memiliki tanda-tanda fizik seperti kembung di perut (jika sedang hamil), dan mereka juga memiliki organ genital yang berkembang. Kucing jantan yang sudah dewasa biasanya memiliki testis yang lebih besar.

Masa Haid: Kucing betina yang sudah matang akan mengalami period haid macam manusia juga, yang akan terjadi beberapa kali dalam setahun. Mereka mungkin menunjukkan perilaku khusus seperti menggeliat, mengangkat ekor, dan berperilaku lebih mesra selama masa ini.

Kematangan: Kucing biasanya mencapai kematangan pada usia sekitar 6 hingga 9 bulan. Namun, ini tergantung pada faktor-faktor seperti jenis kucing, genetik, dan habitat mereka.

Perubahan Diet: Kucing yang sudah matang mungkin akan jadi kuat makan. Mereka juga mungkin memerlukan makanan yang dirancang khusus untuk kucing dewasa.

Jika korang nampak perubahan pada kucing yang sedang meningkat dewasa, memang nampak gayanya mereka dah nak matang ataupun dah matang. Jadi, cepat-cepatlah bawa kucing korang untuk berjumpa dengan doktor haiwan terdekat. 1 lagi nak pesan, jangan bawa kucing yang anda nak buat breed pulak untuk pergi sunat, nanti anda hairan kenapa tak jadi-jadi bila anda nak breed kucing ni, tambah2 kucing dari baka mahal seperti Turkish angora ataupun kucing bsh. Sekarang, jom kita cerita pada kos mandulkan kucing.

Kos Mandulkan Kucing

Ramai yang cuba telefon klinik haiwan berdekatan untuk mendapatkan kos mandulkan kucing atau buat survey sebelum memandulkan kucing mereka. Tapi bila kira total cost, mulalah anda akan cakap doktor ni tipu lah, mahal lah… Sebenarnya, doktor tu tak tipu, tapi mungkin anda belum buat research pasal kos mandulkan kucing. Jom admin share kos sebenar untuk memandulkan kucing.

1. Kos mandulkan kucing: Pada tahun admin post artikel ni pada tahun 2023, purata kos sunat kucing adalah dari RM1++ – RM2++ . Kalau betina biasanya lebih mahal kerana lebih dalam dan rumit prosedurnya. Mungkin ada yang lebih mahal kalau klinik VIP, tapi Wallahualam.

2. Kos Vaksin: Ramai yang anggap kos vaksin adalah hidden cost untuk memandulkan kucing. Wajib ke nak vaksin kucing sebelum mandulkan kucing? Jujur ni admin nak bagitahu, ianya tak wajib tapi klinik kucing di mana-mana, rata-rata pernah mengalami komplikasi kucing terkena virus selepas sunat… Jadi untuk mengurangkan risiko komplikasi penyakit virus sebelum, semasa atau selepas sunat, klinik kucing akan memberi vaksin kucing dahulu sebelum sunatkan kucing. Maka, klinik kucing akan letak syarat untuk sunat, kucing kena vaksin dahulu. Mungkin video ni boleh jelaskan macamana proses pemandulan kucing yang standard untuk kucing:

Untuk anak kucing yang masih kecil(kurang dari 16 minggu, anda akan melalui 3 kali cucuk vaksin kucing anda, manakala kucing yang lebih dari 16 minggu pula akan melalui 2 kali vaksin. Sekali vaksin, kosnya mungkin dalam RM50 – RM1++, bergantung kepada vaksin dan juga ubat-ubat lain seperti ubat kutu yang akan diberikan semasa proses mengvaksin kucing korang. Jadi, admin biasanya akan budget RM3++ untuk 3 kali vaksin kucing admin.

3. Tempat asing untuk kucing yang disunatkan: Kucing yang dimandulkan akan diasingkan selama 1 minggu. Kucing juga biasanya akan diberikan kolar tengkuk untuk mengelak mereka dari menjilat bahagian yang dimandulkan. Tengok gambar kat atas tu Latte pakai kolar. So kos sangkar kucing + kolar dalam RM100. Sangkar ni biasanya beli la awal2, so tak lah terasa. Kolar tu dalam rm10-rm15 je.

So total costnye berapa? Sunat memang tak mahal, tapi kena cari la klinik yang sanggup sunat tanpa vaksin dan jangan cari doktor pulak kalau kucing anda dapat komplikasi sunat yang ada kaitan dengan vaksin ye.

Jadi, biasanya kos keseluruhan untuk memandulkan kucing akan jadi plus minus RM250 untuk setiap seekor dan RM50 keatas untuk korang yang belum ada sangkar kucing. Tapi, korang janganlah risau, bukan boleh buat semuanya sekali gus. Kucing anda akan divaksin setiap 1 bulan dan hanya selepas vaksin kali kedua, tunggu dua minggu baru boleh sunatkan kucing anda. So, sempatlah anda budget untuk mandulkan kucing. Macam atome, boleh bayar 3 kali haha 😛 😜 . Kalau anda nak sunatkan kucing jalanan, mungkin vaksin tu tak perlu tapi susah nak jumpa klinik yang boleh sunat tanpa vaksin sekarang ni. Macam admin latte kat gambar atas tu dalam rm250 je sunat sekali dengan vaksin, bagi ubat kutu, trim bulu, trim kuku hahaha. Kucing admin haruslah comel dan dijaga rapi!

So dah tahu kos mandulkan kucing? Taklah mahal sangat pada admin sebab dah sayang kan? Kalau kucing jalanan tu, anda boleh rujuk kepada komuniti yang ada di sekitar kawasan rumah anda supaya mereka boleh mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengawal populasi kucing. Penting untuk memandulkan kucing ni sebab banyak masalah yang boleh kita atasi tapi rujuklah ustaz dulu kalau anda tak yakin yea. Yang penting, xde bau shrettt pada rumah anda.