Kucing bernama Rowdy bertemu semula keluarganya selepas 3 minggu “Hilang”

Spread the love

Seekor kucing yang bernama Rowdy telah dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan, Amerika Syarikat 3 minggu lalu. Korang mesti tertanya2 mana lah si Rowdy ni pergi kan? Jom admin ceritakan dekat korang.

 3 minggu lalu, si Rowdy ni terlepas dari carrier dia lepas flight dia mendarat dari German pada 24 June lepas. Kelam kabut jugak la pihak airport lepas tau si Rowdy ni hilang! Kenapa diorang gelabah geng? Sebab si Rowdy ni bukannya kucing seludup ke apa ke, tapi dia terbang kena ada semua tau korang! Passport, visa, insurance dll. 

Selepas lebih kurang 20 hari kehulu kehilir tawaf airport Boston Logan ni, akhirnya Rowdy terperangkap dengan perangkap yang staff airport buat pada hari rabu lepas. Apa yang menariknya, pernah tak korang terfikir kenapa nama kucing ni Rowdy? Macam nama rodeo lah pulak! Rowdy ni jenis frisky feline tau! 

Ape itu kucing jenis frisky feline ni? Kucing frisky feline ni ialah jenis kucing yang tak reti penat or hyper tau! Punya lah hyper, sampai kalau korang kat oversea, sampai ada servis kaunseling untuk kucing frisky feline. Dia bukan baka tau, tapi behaviour dia tu jenis super aktif! 1 lagi, kucing jenis ni suka bergaul dengan orang, gigit2 jari kita, memang seronok! Lagi 1, diorang ni akan suka main dengan manusia walaupun dia dah dewasa. Kucing admin pon xde yang frisky feline ni, keje nak tido je. Makan tido je geng!

Mengikut owner rowdy ni iaitu Patty Sahli, Rowdy ni x berhenti melompat sana-sini! Dia dah bela si Rowdy ni 4 tahun lepas lepas anak dia minta nak bela kucing. Patty ada bagitau lepas dia decide nak menetap semula dekat US dari German, dia bawaklah si Rowdy ni dan Rowdy ditempatkan di bahagian cargo. Bila dah sampai airport, dia menerima panggilan dari pihak airport yang carrier si Rowdy ni dah terbuka dan Rowdy dah takda dalam carrier dia. Admin suspect si Rowdy ni bukak sendiri geng! Admin tak lah begitu terkejut sebab si Otam pandai bukak cage dia tau!

Selepas Rowdy ditangkap, pihak airport berasa sangat lega sebab semua staff dan contractor berusaha untuk mencari Rowdy dan Rowdy sekarang berada di bawah pengawasan pihak Boston Animal Resque League. Patty pon khabarnya dah jumpa Rowdy 2 hari lepas. Kita doakan yang terbaik untuk Rowdy dan kepada sesiapa yang ada kehilangan kucing yea! NBC News ada cover pasal Rowdy ni, jom kita sama2 tengok geng!

Rowdy terlah bertemu semula dengan Patty 2 hari lalu