Viral #1! Video Kucing tampar anak selepas hilang tular di media social

Spread the love

[ Viral Kisah Kucing Tampar Anak ] – Seorang ibu mempunyai kaedah yang berbeza untuk menunjukkan kasih sayangnya; ia boleh menjadi manis, halus dalam tindakan kecil, atau kadang-kadang garang untuk membela anak-anaknya. Sebagai seorang anak, kita harus bersyukur kerana dilahirkan dengan kasih sayang seorang ibu. Oleh itu, jangan sesekali merasakan bahawa ibu kita tidak menyayangi kita dan jika kita berasa kekurangan kasih sayang seorang ibu, mungkin ianya adalah ujian dari Allah. Kucing tampar anak pon orang kata ok, janganlah kita berasa sedih pulak jika kita ditampar oleh ibubapa kita!

Video Kucing Tampar Anak

Baru-baru ini, tular video kucing tampar anak yang comel di media social dimana admin merasakan yang kucing itu menegur anak kucingnya yang masih kecil dan ianya menjadi viral kerana ia ianya comel pada mata admin dan netizen2 dan kucing tersebut memberikan reaksi seperti seorang manusia. Mungkin pada masa kini, anak-anak akan terasa pelik sekiranya ditampar oleh ibubapa, tetapi pada admin yang lahir pada generasi X dan sebelumnya, ditampar oleh ibubapa adalah perkara biasa dan mengajar kami tentang kehidupan. 

Jika dilihat di video kucing tampar anak tersebut, si ibu boleh dilihat di kamera terkapai-kapai mencari anak kucingnya yang hilang. Apabila dia benar-benar mengesannya, dia menjeling anak kucing itu seketika sebelum menamparnya. Ibu kucing itu kemudian membawanya pulang dengan cara menggonggong anak menggunakan mulutnya. 

Apabila video itu disiarkan di Twitter, netizen rata-rata memuji tingkah laku kucing tersebut yang berkelakuan seperti manusia. Admin ingin kongsikan beberapa tweet dari netizen yang memuji tindakan ibu kucing yang melakukan aksi kucing tampar anak:

Beberapa akaun menyiarkan rakaman itu di Twitter. Seorang berkata, “Seorang ibu adalah ibu samada mereka adalah manusia ataupun haiwan; mereka adalah sama.” Yang lain menjawab, “Perasaan ibu adalah sama pada semua makhluk hidup. Ibu kucing memarahinya kerana melarikan diri dari rumah.”

Selain itu, ada juga beberapa retweet yang menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu comel, dan admin juga agak bersetuju dengan retweet2 mereka. Mungkin anda merasakan bahawa tamparan adalah hukuman yang kurang sesuai kepada anak kucing tersebut. Bayangkanlah jika anak anda ditampar oleh anda, mau merajuk seminggu! Jadi mungkin kita boleh merujuk kembali bagaimana Islam mengajar kita di dalam hubungan dengan anak supaya ianya menjadi pengajaran kepada anak kita dan rumahtangga kita lebih berkat.

Jom admin nak kongsikan tweet2 lain dari netizen sebelum anda menonton klip video tersebut:

Jika anda berasa artikel ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa untuk kongsikan video ini dengan rakan-rakan anda. Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya anda mempunyai sebarang berita mengenai kucing. Jumpa lagi di post yang akan datang! Meowwww!